Isnin, 8 Oktober 2012
Format Penulisan : Surat Kiriman Tidak Rasmi
Nama
Alamat Pengirim
Tarikh Surat ditulis
Kata-kata aluan atau Pendahuluan sebaiknya dengan ucapan selamat. Contoh :-
Menemui Sahabatku saudari Alia yang kini berada di Parit Unas, Muar Johor dengan selamatnya. Apa khabar? saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya juga mengharapkan agar saudari sihat walafiat hendaknya.
Panggilan hormat contoh :-
Saudara/saudari atau panggilan-panggilan lain sebagai kata ganti diri dalam surat kiriman tidak rasmi
Tujuan surat ditulis....(Mengapa surat ini ditulis?) Contoh :-
Tujuan surat ini ditulis adalah ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudari dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan yang diadakan baru-baru ini.
Nyatakan perasaan... Contoh gembira, sedih, kecewa dan sebagainya.
Harapan penulis.... Contoh :- Saya berharap agar saudari lebih gigih dan terus berjaya untuk masa yang akan datang.
Penutup..Contoh :- harapan dapat bertemu, atau ingin mencontohinya.
Sekian, terima kasih.
Akuan pengirim Contoh :-
Yang benar atau sahabatmu
Tanda tangan
Warna merah adalah contoh sahaja. Murid-murid boleh menggunakan ayat sendiri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan