Selasa, 16 Oktober 2012

Tatabahasa : Kata Ganti Diri


Hari ini cikgu nak terangkan tentang kata ganti diri. Tanpa kita sedari setiap hari kita menggunakan kata ganti diri dalam perbualan kita bersama ibu baoa, rakan-rakan, guru dan sebagainya.
Contohnya ketika kita berbuala bersama rakan-rakan, biasanya kita menggunakan kata gandi diri saya, aku, awak, kita dan sebagainya.

Di sini cikgu memberi beberapa contoh kata ganti diri..

Sabtu, 13 Oktober 2012

Peta Minda : Langkah-langkah membina peta minda

Murid-murid, hari cikgu nak terangkan bagai manakah langkah-langkah membina PETA MINDA. Sebagai pelajar hendaklah membiasakan diri dan melatihnya supaya sentiasa membuat PETA MINDA sebagai bahan bantu belajar..

Langkah-langkah membina PETA MINDA

1. Sebelum membuat peta minda, murid-murid terlebih dahulu hendaklah membaca petikan atau
    contoh karangan dengan teliti.
2. Senaraikan tajuk utama dan topik yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.
3. Lukis bahagian tengah PETA MINDA tersebut dan tulis tajuk utama
4. Lukis lagi beberapa cabang dari bahagian tengah itu untuk menunjukkan perkara atau fakta yang
    berkaitan.
5. Cari kata kunci atau isi utama dalam petikan tersebut.
6. Tuliskan isi utama pada cabang-cabang yang dilukis tadi mengikut keutamaan.
7. Buat peta tersebut dengan penuh minat.
    Yang penting membaca petikan atau bahan bacaan hendaklah difahami betul-betul untuk memudahkan mendapatkan isi penting.

Di sini cikgu perturunkan contoh peta minda untuk murid-murid.




Khamis, 11 Oktober 2012

Selasa, 9 Oktober 2012

Semangat Daulatkan bahasa Melayu

Sumber : Utusan Online 20.7.2007

Hidupkan semangat daulatkan bahasa Melayu – Raja Nazrin

KUALA LUMPUR 19 Julai – Bahasa Malaysia perlu dimartabat dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan, titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Baginda bertitah, semangat mendaulatkan bahasa itu harus dihidupkan dan tidak ada maknanya jika ia hanya termaktub dalam satu perenggan dalam Perlembagaan Negara.
Menurut baginda, dalam membicarakan isu berkaitan pencemaran bahasa, isu pokok dan kedudukan dan nilai bahasa perlu disentuh dalam negara yang setengah abad menyambut kemerdekaan.
‘‘Bahasa itu adalah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa Melayu perlu diberi nyawa dan nafas dan disuntik dengan nilai dan harga.
‘‘Oleh itu negara harus arif melakukan perimbangan bijaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat mahu membangunkan sumber manusia bersifat global,’’ titah baginda.
Baginda menyatakan demikian dalam titah perasmian pada Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Isnin, 8 Oktober 2012

Format Penulisan : Surat Kiriman Tidak Rasmi


                                                                                          Nama
                                                                                          Alamat Pengirim
                                                                                          Tarikh Surat ditulis


Kata-kata aluan atau Pendahuluan sebaiknya dengan ucapan selamat.  Contoh :-
Menemui Sahabatku saudari Alia yang kini berada di Parit Unas, Muar Johor dengan selamatnya. Apa khabar? saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya juga mengharapkan agar saudari sihat walafiat hendaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...