Sabtu, 1 Disember 2012
Selasa, 16 Oktober 2012
Tatabahasa : Kata Ganti Diri
Hari ini cikgu nak terangkan tentang kata ganti diri. Tanpa kita sedari setiap hari kita menggunakan kata ganti diri dalam perbualan kita bersama ibu baoa, rakan-rakan, guru dan sebagainya.
Contohnya ketika kita berbuala bersama rakan-rakan, biasanya kita menggunakan kata gandi diri saya, aku, awak, kita dan sebagainya.
Di sini cikgu memberi beberapa contoh kata ganti diri..
Sabtu, 13 Oktober 2012
Peta Minda : Langkah-langkah membina peta minda
Murid-murid, hari cikgu nak terangkan bagai manakah langkah-langkah membina PETA MINDA. Sebagai pelajar hendaklah membiasakan diri dan melatihnya supaya sentiasa membuat PETA MINDA sebagai bahan bantu belajar..
Langkah-langkah membina PETA MINDA
1. Sebelum membuat peta minda, murid-murid terlebih dahulu hendaklah membaca petikan atau
contoh karangan dengan teliti.
2. Senaraikan tajuk utama dan topik yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.
3. Lukis bahagian tengah PETA MINDA tersebut dan tulis tajuk utama
4. Lukis lagi beberapa cabang dari bahagian tengah itu untuk menunjukkan perkara atau fakta yang
berkaitan.
5. Cari kata kunci atau isi utama dalam petikan tersebut.
6. Tuliskan isi utama pada cabang-cabang yang dilukis tadi mengikut keutamaan.
7. Buat peta tersebut dengan penuh minat.
Yang penting membaca petikan atau bahan bacaan hendaklah difahami betul-betul untuk memudahkan mendapatkan isi penting.
Di sini cikgu perturunkan contoh peta minda untuk murid-murid.

Khamis, 11 Oktober 2012
Selasa, 9 Oktober 2012
Semangat Daulatkan bahasa Melayu
Sumber : Utusan Online 20.7.2007
Hidupkan semangat daulatkan bahasa Melayu – Raja Nazrin
KUALA LUMPUR 19 Julai – Bahasa Malaysia perlu dimartabat dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan, titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.Baginda bertitah, semangat mendaulatkan bahasa itu harus dihidupkan dan tidak ada maknanya jika ia hanya termaktub dalam satu perenggan dalam Perlembagaan Negara.
Menurut baginda, dalam membicarakan isu berkaitan pencemaran bahasa, isu pokok dan kedudukan dan nilai bahasa perlu disentuh dalam negara yang setengah abad menyambut kemerdekaan.
‘‘Bahasa itu adalah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa Melayu perlu diberi nyawa dan nafas dan disuntik dengan nilai dan harga.
‘‘Oleh itu negara harus arif melakukan perimbangan bijaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat mahu membangunkan sumber manusia bersifat global,’’ titah baginda.
Baginda menyatakan demikian dalam titah perasmian pada Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.
Isnin, 8 Oktober 2012
Format Penulisan : Surat Kiriman Tidak Rasmi
Nama
Alamat Pengirim
Tarikh Surat ditulis
Kata-kata aluan atau Pendahuluan sebaiknya dengan ucapan selamat. Contoh :-
Menemui Sahabatku saudari Alia yang kini berada di Parit Unas, Muar Johor dengan selamatnya. Apa khabar? saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya juga mengharapkan agar saudari sihat walafiat hendaknya.
Rabu, 3 Oktober 2012
Bahasa Melayu mampu sampaikan pemikiran kritis
Pemberian peruntukan tambahan RM500 juta dalam Belanjawan 2013
untuk mempertingkat kemahiran mengajar dalam kalangan pendidik untuk
empat subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik, amat dialu-alukan. Ia bertujuan mengembangkan kemahiran
berfikiran kritis dalam kalangan pelajar oleh guru.
Sehubungan ini, Sejarah yang diangkat menjadi subjek teras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perlu turut dimasukkan dalam latihan perguruan ini. Selain subjek wajib, ia antara kurikulum penting yang dapat memupuk asas dan perspektif nasional yang dikongsi bersama.
Kemahiran berfikir aras tinggi sebagai aspirasi penting dalam PPPM,
akan cuba dicapai melalui tiga cara. Pertama, dengan penguasaan
kemahiran berfikiran kreatif dan inovatif, pelajar diajar untuk
memperoleh kepandaian menjana prospek baharu, selain mencipta gagasan
dan pengetahuan baru. Kedua, melalui penguasaan kemahiran
menyelesaikan masalah dan menaakul, pelajar dilatih untuk bersedia
berdepan dengan sebarang masalah, yang kemudian diselesaikan selepas
menaakul dengan kritis dan logik, agar keputusan yang dibuat itu bernas.
Sehubungan ini, Sejarah yang diangkat menjadi subjek teras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perlu turut dimasukkan dalam latihan perguruan ini. Selain subjek wajib, ia antara kurikulum penting yang dapat memupuk asas dan perspektif nasional yang dikongsi bersama.
Isnin, 1 Oktober 2012
Sejarah Bahasa Melayu
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia,
dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul
bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum
diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah
dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu[kutipan diperlukan]. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Langgan:
Catatan (Atom)